SEKOLAHKU GEMILANG

Di sini SK BUNOHAN

di sini pendidikan ku bermula ….       di sini cita-cita ku bermula ….                                             di sini harapan ku bermula ….             di sini  usaha ku bermula ….                                                   di sini pertemuanku bermula …          di sini di sini dan di sini segalanya ….

ceria

Advertisements

PROGRAM 3K SKB 2015

muka

SK Bunohan sekali lagi dipilih oleh PPD Tumpat bagi menyertai Pertandingan 3k         (Keselamatan, Kebersihan & Keselamatan ) Peringkat Negeri Kelantan selepas Program Linus Gateway yang dilancarkan pada 31 April lepas.

Melalui moto SKB iaitu Seronok Kerja Bersama maka semua warga SKB diseru untuk berganding bahu bagi merealisasikan impian Guru Besar untuk menjadikan SKB sebagai Sekolahku Rumahku dan Sekolahku Syurgaku. Bermakna  di sekolah ada segala-galanya, Guru untuk menyalurkan ilmu, rakan-rakan untuk beramah-mesra, taman untuk berhibur hati,  Sehingga menjadikan hati ini rasa berat untuk meninggalkan sekolah.  

PROGRAM 3K sihat bersih

Majlis Persaraan Cikgu Hjh Nor Hani

KakniSalam, Majlis persaraan Cikgu Ani ( Pn. Hjh Nor Hani bt Awang) akan diadakan pada hari Khamis 9 Jan. 2014. Beliau merupakan guru yang paling lama dalam dunia yang mengajar di SK Bunohan iaitu selama 35 tahun 9 bulan bermula tahun 1.1.1978  hingga 31.12.2013. Sepanjang perkhidmatan, beliau hanya mengajar di SK Bunohan sahaja, posting dan pencen di sini. Semoga beliau panjang umur , sihat dan murah rezeki.

Sekian wslm.

MRY Jan 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 36

pibg

Majlis Mesyuarat Agung PIBG SK Bunohan Kali Ke 36 telah dijalankan pada Hari Sabtu 30 Mac 2013 bertempat di Dewan Hj Abd. Razak dan disempurnakan oleh YB Datuk Hj Noor Zahidi Omar ( ADN Pgkln Kubor ). Seramai 325 orang ibu bapa serta guru telah hadir ke majlis tersebut. Kami jawatankuasa penganjur merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis mesyuarat ini,
Sekila Wassalaam.

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN BADAN IHSAN KEPADA ISTERI ALLAHYARHAM CIKGU MOHAMAD AWANG

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tuan Pegawai Pelajaran Daerah mewakili Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan menyampaikan Cek Bantuan Badan Ihsan Guru bernilai RM10000.00 kepada Puan Nik Sharimah isteri kepada Allahyarham Cikgu Mohamad Awang yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Jan. lalu. Majlis disaksikan oleh YM. Tg. Ismail (Setiausaha Kerja Badan Ihsan) dan Tn. Hj. Kasim Umar (Guru Besar SK Bunohan).